Blogger Templates

Tuesday, 22 May 2012

Hakikat sebuah ujian

Suasana hening di pagi hari menyeliputi Hospital Tengku Rahimah, Klang. Burung-burung terbang bebas dan berkicauan sesuai dengan fitrahnya. Matahari sudah meninggi menyinari alam, sesuai dengan fitrah penciptaannya. Dan segerombolan manusia sudah bersedia memulakan hari baru, sesuai dengan fitrahnya.

Begitu jugalah Umar, urusan penjagaan isterinya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah sudah menjadi rutin seharian baginya. Atas dasar terlalu mencintai isterinya, Umar sanggup mengambil cuti tanpa gaji dan menangguhkan hasratnya seketika menyambung pengajiannya di peringkat doktor falsafah. Semuanya demi isterinya yang tersayang, penguat dikala lemah dan penghibur dikala senang.

Perlahan-perlahan Umar duduk disebelah isterinya, "Masih tidur?" monolog hati Umar. Digapainya Al-Quran kecil disebelah isterinya, dan memulakan bacaan dengan nada yang perlahan bimbang menganggu waktu rehat isterinya. Bait-bait ayat dihayati dan membuatkan air mata Umar menitis tanpa disedari.Tiba-tiba suatu suara yang sangat dikenali menegurnya

"Bang, kenapa abang menangis" tegur isteri Umar sambil mengusap air matanya

"Sayang dah bangun, tak ada apa-apa sayang" jawab Umar sambil memegang tangan zaujah kesayangannya.

"Abang kalau penat baliklah dulu, Mai boleh jaga diri." dilihat mata suami kesayangannya yang sentiasa berada disisinya.

"Abang okay, abang sanggup abang yang sakit dari sayang. Kenapa Allah bagi ujian seberat ini?" keluh Umar sambil air matanya bercucuran. Jiwa Umar tidak tenteram sejak isterinya disahkan menghidap Sirosis,kerosakan hati.



Humairah memandang suami, diusap wajah suaminya "Abang, sepatutnya abang bangga sebab Allah berikan penyakit ini pada Mai. Ini anugerah ujian yang sangat besar dan tanda Allah sayangkan Mai dan Abang." Diambil Tafsir Al-Quran kecil itu dari tangan suaminya, dan diselak setiap helain dan kemudian diberikan semula kepada Umar dan kini mata Umar tertumpu kepada satu ayat

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabut: 2-3]

"Abang, kita ini hanya hamba Allah. Ujian ini adalah medan terbaik untuk kita mengumpulkan pahala" tambah Humairah lagi. Semakin deras manik-manik air mata membasahi pipi dan saat itu terlintas di dalam hati Umar

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya."
[Al-Baqarah: 286]

Kata-kata Humairah sangat memberi kesan kepada dirinya. Humairah Al-Qibtiyah wanita yang dibesarkan dalam kondisi tarbiyah. Dia sangat sayangkan Allah,Rasulnya dan Agamanya. Di dalam apa jua ujian yang mendatang kepadanya, sikap bersangka baik dengan Allah dan sentiasa melihat perkara dari kaca mata tarbiyah menjadikan dia seorang wanita yang sangat disenangi. Kemunculan Humairah dalam Umar, menjadi pelengkap kepada dua hati yang tertaut kerana Allah.



Kadangkala kita terlalu memandang berat sebuah ujian yang menimpa tanpa melihat hikmah atau hakikat sebuah ujian. Percayalah, bahawa ujian merupakan tanda kecintaan Allah kepada hambaNya dan beruntunglah sesiapa yang mengetahui hakikat sebenar ujian dalam kehidupan.

from:http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/4592-hakikat-sebuah-ujian.html

Tuesday, 1 May 2012








مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ

"Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga". (Riwayat Bukhari)


uhhhhh,,,,,
ai ney anta asgment kena rijet kat lcture lak,,,,
urrrrrrrrrmmmmmmmmm,,,,
tnsion arrrrrrrrrggggghhhhh,,,,,,
time tgh byak asgmnt gak lerrrrr jadi cm neyyyyy...
cdih nye,,,, :( mmmmmmmmmmmmm,,,,,,,,,,,
tp xpela,,,, lau x kta xtau pe yg kta buat tu btl ke x an?????????
de baik nyeee ugak annnnn....
mood dh dtg blikkkk,,,

hehehehehehee,,,,,,,,,,,,,,
:) ummmmmmmmmmm

Saturday, 17 March 2012

uhhhhh!!!!!!!!!!!!!!1
pnat tol ary mgu neyyy,,,,,
xde msa rhat,,,,,
tpaksa korbankan ai mngu tok kawad.....
p best ugak kawad,,,,,
i'ALLAH lau de rezeki t hbs blajar ak nk jd pgwai prthanan awam,,,
=======)
aminnnnnnn....

Monday, 5 March 2012


ini lah ak yg d beri name "MAHERAN"
heheheheh....
============)